Ini ialah
kesimpulan tentang kajian sintaksis bahasa Melayu dan bahasa Tagalog,
khususnya
mengenai kata kerja bantu. Kajian ini telah menunjukkan bahawa keduadua
bahasa ini
mempunyai urutan dasar yang berbeza. Bahasa Melayu merupakan
bahasa yang
berurutan subjek - kata kerja - objek (SKO), sementara bahasa Tagalog
merupakan bahasa
yang berurutan kata kerja - objek - subjek (KOS). Dengan lain
kata, dalam
bahasa Melayu, subjek diikuti oleh predikat, sementara bahasa
Tagalog
adalah
sebaliknya, iaitu predikat mendahului subjek. Dalam bahasa
Tagalog,
predikat dikenali dengan
nama komen, dan subjek dikenali dengan nama topik.
Walaupun,
kedua-dua bahasa ini tergolong ke dalam bahasa serumpun, iaitu rumpun
bahasa
Austronesia, tetapi struktur dasarnya adalah berbeza. Sehubung dengan itu,
pada struktur
lahir kedua-dua bahasa ini, subjek/topik boleh dengan bebas bertukar
tempat,
contohnya, kalau dalam bahasa Melayu ialah pada ay at pas if, ay at soalan, dan
sebagainya,
sementara dalam bahasa Tagalog ialah dalam ayat topik.
Di samping perbezaan
yang disebutkan di atas, kedua-dua bahasa serumpun ini juga
berbeza dari
segi kata kerja bantu. Dalam bahasa Melayu, kata kerja bantu hanya
menunjukkan
konsep kala/masa yang paling ringkas. Contohnya, kata aspek sudah,
sedang, akan,
dan telah menunjukkan
masa satu-satu aktiviti atau perkara itu
dilakukan.
Aktiviti yang sedang dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek
sedang, Aktiviti yang
sudah dilakukan menggunakan kata kerja bantu sudah atau telah, dan
aktiviti yang akan dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek akan.
Selain itu,
bahasa Melayu menggunakan kata adverba seperti semalam, kelmarin,
esok, hah Rabu, dan sebagainya
untuk menunjukkan masa. Bagi bahasa Tagalog pula,
konsep kala
adalah lebih rencam, contohnya perkara yang neutral, perkara yang sudah
dilakukan,
perkara yang sedang dilakukan , dan perkara yang berterusan. Tidak seperti
bahasa Melayu
yang kesemua penanda masa ini berupa kata bebas, bahasa Tagalog
pula mempunyai
penanda kala/masa ini yang berbentuk imbuhan fleksi. Ini juga
merupakan satu
lagi perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa Tagalog, iaitu
imbuhan dalam
bahasa Melayu merupakan imbuhan terbitan (derivatives), sementara
imbuhan dalam
bahasa Tagalog merupakan imbuhan fleksi (inflection).
Satu lagi
kesimpulan yang dapat dibuat dari kajian ini ialah perbezaan tentang konsep
Kasus dari
kedua-dua bahasa tersebut. Sekali lagi, kedua-dua bahasa yang serumpun
ini berbeza dari
segi kata namanya. Kata nama dalam bahasa Melayu tidak
menunjukkan
apa-apa Kasus dalam ayat. Misalnya, kata nama Ahmad dan kata ganti
nama dia,
mereka, engkau, dan sebaginya tidak berubah sifat atau ciri apabila
ditempat pada
kedudukan yang berlainan dalam ayat. Bentuk Ahmad, dia, mereka,
engkau digunakan walau
di manapun kata nama- kata nama ini ditempatkan dalam
ayat, iaitu
tempat subjek, tempat objek, atau tempat kepunyaan. Keadaan ini berbeza
dengan bahasa
Tagalog yang kata namanya berubah bentuk bila kata nama yang sama
ditempatkan pada
tempat atau kedudukan yang berbeza dalam ayat.
Seperti yang
tertera dalam tajuk manuskrip ini, teori atau kerangka yang digunkan
untuk
menganalisis struktur bahasa Melayu ialah teori Kuasaan dan Tambatan, iaitu
satu teori
terkini bidang Linguistik yang telah banyak diaplikasikan kepada bahasabahasa
Indo-Eropah.
Walaupun, setengah-setengah daripada konsep teori ini tidak
terdapat pada
bahasa Melayu, konsep ini boleh diterapkan kepada bahasa Melayu
untuk
menganalisis sintaksis bahasa tersebut. Contohnya, konsep Kasus boleh
digunakan untuk
menerangkan sifat sesetengah kata dalam bahasa Melayu, khususnya
kata kerja
bantu. Penggunaan konsep Kasus ini telah dapat membezakan antara kata
kerja tulen
seperti tidor, makan, baca, tulis, dan sebaginya dengan kata kerja bantu
seperti sudah,
sedang, telah, dan sebagainya.dan sebagainya.
Kajian ini juga
telah menggunakan konsep Fleksi yang terdapat dalam bahasa-bahasa
Indo-Eropah
kepada bahasa Melayu. Perbincangan di sini menunjukkan bahawa
unsur-unsur
dalam nodus Fleksi adalah sama dengan konsep kata kerja bantu dalam
bahasa Melayu.
Walaupun seperti yang disebutkan di atas, kata kerja bantu dalam
bahasa Melayu
itu tidak serencam sistem fleksi bahasa Tagalog ataupun bahasa
berfleksi,
kajian ini mendapati bahawa kata kerja bantu dalam bahasa Melayu itu
boleh menjadi ahli
kepada nodus tersendiri yang dipanggil Fleksi ini. Ini berkaitan
dengan sifat
kata kerja bantu dalam bahasa Melayu itu sama dengan sifat unsur-unsur
dalam nodus
Fleksi. Dengan menerima kesimpulan ini, kata kerja bantu dalam bahasa
Melayu boleh
dijanakan di bawah nodus Fleksi, dan bukannya di bawah nodus Frasa
Kerja.
Kajian ini juga
menunjukkan bahawa teori Kuasaan dan Tambatan yang setakat ini
banyak
diterapkan kepada bahasa-bahasa Indo-Eropah, boleh juga diterapkan kepada
bahasa Melayu
dan dapat menerangkan dan menghuraikan fenomena bahasa Melayu
itu. Walau
bagaimanapun, seperti juga dengan teori-teori lain, tidak kesemua konsep
teori ini boleh
diterapkan kepada bahasa Melayu, tetapi hanya sebahagian sahaja.
Sebagai contoh,
walaupun bahasa Melayu tidak mempunyai konsep Kasus secara
nyata, tetapi
konsep ini dapat menerang beberapa gejala dalam bahasa Melayu. Begitu
juga dengan
konsep fleksi yang dipunyai oleh bahasa-bahasa berfleksi dapat
menerangkan
sistem kata kerja bantu dalam bahasa Melayu. Kesemua ini adalah
berdasarkan
andaian teori Transformasi Generatif, khususnya teori Kuasaan dan
Tambatan bahawa
semua bahasa itu sama dari pada struktur dasarnya. Ini semua
terangkum dalam
konsep kesejagatan bahasa.